Friday 28 October 2011

Fun with English



Test Your IQ. Let's try.

http://www.scribd.com/doc/70747289

DATA_HANDLING


KLIK PAUTAN DI BAWAH UNTUK MUAT TURUN FAIL
http://www.4shared.com/file/3YLpHPBl/10_DATA_HANDLING.html

SHAPE


KLIK PAUTAN DI BAWAH UNTUK MUAT TURUN FAIL

http://www.4shared.com/file/wsYwWCn_/9_SHAPE.html

VOLUME


KLIK PAUTAN DI BAWAH UNTUK MUAT TURUN FAIL



WHOLE NUMBER


KLIK PAUTAN DI BAWAH UNTUK MUAT TURUN FAIL

http://www.4shared.com/file/a-JtLTCm/1_WHOLE_NUMBERS.html

MASS


KLIK PAUTAN DI BAWAH UNTUK MUAT TURUN FAIL


http://www.4shared.com/file/cMzwYwTF/7_MASS.html

LENGTH


KLIK PAUTAN DI BAWAH UNTUK MUAT TURUN FAIL


http://www.4shared.com/file/dsUHsiG3/6_LENGTH.html

TIME


KLIK PAUTAN DI BAWAH UNTUK MUAT TURUN FAIL

http://www.4shared.com/file/0aIMHDrl/5TIME.html

MONEY

KLIK PAUTAN DI BAWAH UNTUK  MUAT TURUN FAIL

http://www.4shared.com/file/97xjsjQh/4_MONEY.html

DECIMAL

KLIK PADA PAUTAN  UNTUK MUAT TURUN

http://www.4shared.com/file/zK-nctRJ/3_DECIMAL.html

FRACTIONS

KLIK PADA PAUTAN DI BAWAH  UNTUK MUAT TURUN

http://www.4shared.com/file/XL3XCrek/2FRACTIONS.html

Wednesday 26 October 2011

TEKNIK MENJAWAB MATEMATIK PERPULUHAN

http://www.scribd.com/doc/70469174/PERPULUHAN

TEKNIK MENJAWAB MATEMATIK PECAHAN

http://www.scribd.com/doc/70468508/PECAHAN

TEKNIK MENJAWAB MATEMATIK NOMBOR BULAT

http://www.scribd.com/doc/70466905/NOMBOR-BULAT

Calculating Without Calculator

Untuk pelajar yang sukar dengan nombor

BE A SUPER TEACHER

HOW TO GREET PEOPLE?

IDIOMS IN ENGLISH

CONTOH SOALAN PENULISAN BM THN 3

http://www.scribd.com/doc/70360054

SOALAN BM PEMAHAMAN TAHUN 4

ttp://www.scribd.com/doc/70359337

SOALAN PENDIDIKAN SENI


Pilih satu soalan sahaja.

1.
Bidang
:
Menggambar
Tajuk
:
‘Rumahku’
Bahan
:
Kertas lukisan dan warna pastel
Soalan
:
Lukiskan gambar sebuah rumah yang cantik
2.
Bidang
:
Mencorak dan Membuat Rekaan
Tajuk
:
Corak Tindanan
Bahan
:
Kertas warna, kertas lukisan, gam, dan gunting.
Soalan
:
Hasilkan corak tindanan menggunakan pelbagai kertas warna.



3.
Bidang
:
Membentuk dan Membuat Binaan
Tajuk
:
Mobail Buah-Buahan
Bahan
:
Kad Manila, gunting, benang, warna pastel, dan penyangkut baju.
Soalan
:
Hasilkan mobail buah-buahan menggunakan kad manila.



4.
Bidang
:
Mengenal Kraf Tradisional
Tajuk
:
Keris Warisan
Bahan
:
Kertas majalah, gam, gunting, dan kertas lukisan.
Soalan
:
Hasilkan keris warisan menggunakan teknik kolaj.


PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA

http://www.scribd.com/doc/70359145

Pendekatan Pengurusan Bilik Darjah


1.Pendekatan Intimidation

Mengawal tingkah laku melalui kaedah yang menimbulkan perasaan takut dalam diri pelajar seperti ancaman, sindiran, kata-kata yang mempersendakan dan memperkecilkan diri pelajar serta paksaan.

2.Pendekatan Autoritarian

Guru menetapkan peraturan-peraturan dan penguatkuasaan dilakukan tanpa sifat tolak ansur.Tingkah laku pelajar dikawal dengan memberi arahan dan penyeliaan dijalankan secara berterusan.
3.Pendekatan Cookbook Management

Guru menyenaraikan perkara-perkara yang boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pelajar. Senarai ini disediakan berasaskan aspek-aspek yang diperoleh daripada pelbagai sumber.

4.Pendekatan Sosioemosi

Suasana bilik darjah yang positif diwujudkan melalui pembentukan hubungan antara perorangan (interpersonal) yang baik. Guru bersikap empati dalam memahami tingkahlaku pelajar serta mewujudkan komunikasi yang berkesan.

5.Pendekatan Permisif (Kebebasan)

Kebebasan sepenuhnya diberikan kepada pelajar dengan tujuan untuk memperkembangkan potensi masing-masing. Guru memainkan peranan sebagai konsultan dan menggalakkan pelajar untuk bertanggungjawab atas pembelajaran masing-masing.

6.Pendekatan Pengubahan Tingkahlaku

Kata pujian dan ganjaran untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini serta mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan juga digunakan sebagai pengukuhan negatif terhadap tingkah laku yang tidak diingini. Guru memainkan peranan untuk memodelkan tingkah laku yang diingini.

7.Pendekatan Pengajaran

Proses pengajaran yang berasaskan keperluan dan minat pelajar dapat memotivasikan mereka untuk memberi tumpuan kepada pelajaran lantas mengurangkan masalah salah laku. Guru bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif melalui pemilihan isi kandungan serta penggunaan strategi pengajaran yang sesuai.

8.Pendekatan Proses Kumpulan

Kumpulan pelajar di dalam bilik darjah dianggap sebagai satu sistem sosial. Guru memainkan peranan untuk mewujudkan dan mengekalkan satu sistem sosial yang efektif dan produktif. Pelajar-pelajar kurang melakukan salah laku kerana guru sentiasa peka dengan suasana dan aktiviti di dalam bilik darjah.

AMALAN PENGURUSAN STRATEGIK BAGI MENINGKATKAN KECEMERLANGAN ORGANISASI

DEFINISI

1. Pengurusan.

    Pengurusan ialah satu proses sosial yang dibentuk untuk mendapatkan kerjasama,penyertaan dan penglibatan ahli – ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesebuah matlamat atau objektif yang paling berkesan ( Drucker, 1972 )

2. Strategi.

    Strategi berasal daripada perkataan Latin : Strategos ( the art of generalship, or how to be an effective general ) . Sesuatu proses itu strategik apabila ia melibatkan memilih tindakan yang terbaik untuk respon kepada persekitaran yang dinamik ( Allison & Kaye, 2004 )
3. Pengurusan Strategik

    Menurut David ( 2001 ), “ Strategic management is art and science of formulating, implementing, and evaluating cross – functional decisions that enable an organizations to achieveits objectives ”.

    Menurut Fidler ( 2002 ), “ Pengurusan strategik ialah formulasi perancangan strategik dan pelaksanaan perancangan tersebut. Ia melibatkan proses analisis strategik, pemilihan strategik dan implementasi strategik ”.

KENAPA ORGANISASI PERLU MELAKUKAN PERANCANGAN STRATEGIK

Sesebuah organisasi perlu melakukan perancangan strategik kerana perancangan strategik merupakan satu kerangka proses kerja yang tersusun dan sistematik untuk menterjemahkan misi, visi dan strategi kepada aktiviti – aktiviti harian.Dengan perancangan strategik juga, matlamat strategik dapat dihubungkan dengan petunjuk – petunjuk prestasi utama ( KPI ) bagi mengawal prestasi organisasi.
Selain daripada itu, melalui perancangan strategik ini, keupayaan pemimpin untuk mengukur, mengawal strategi secara berkesan bagi mencapai misi dan visi organisasi dapat ditingkatkan. Kebaikan lain perancangan strategik ialah melaluinya kecekapan dan keberkesanan dalam pengurusan masa, tenaga dan kos dapat ditingkatkan. Ia juga menyediakan ruang untuk semua ahli organisasi terlibat dan bertanggungjawab sama dalam mencapai matlamat organisasi.

Perancangan strategik juga menjadikan seorang itu sebagai pemimpin yang cemerlang ; melakukan perkara yang betul , untuk orang / pihak yang betul, pada tempat yang betul, pada masa yang betul dan dalam bajet yang betul.


MISI

Misi adalah proses yang mengikuti selepas mandat. Ini adalah kerana mandat menjelaskan siapa kita dan apa yang kita diarah lakukan oleh kerajaan sebagai stakeholder utama. Manakala misi pula menjelaskan kerja yang dipertanggungjawabkan atau apa yang patut dilakukan ( fungsi dan peranan ) sebagaimana yang dinyatakan dalam mandat.


Misi adalah satu pernyataan ( deklarasi ) ringkas yang meliputi perkara – perkara berikut :

i.                    tujuan atau sebab penubuhan sesebuath organisasi ? Ianya menjawab soalan tentang apakah urusan / tugas utama ( core business ) yang dipertanggung jawabkan ke atas organisasi.

ii.                  Kepada siapa perkhidmatan diberikan ? Ianya menjawab siapakah pelanggan utama organisasi.

iii.                Apakah hasil akhir yang diingini atau keperluan pelanggan yang dapat organisasi penuhi ?

iv.                Apakah nilai organisasi kepada pelanggan ?

v.                  Mencerminkan ciri – ciri keunikan / nilai – nilai / prinsip pegangan utama organisasi dalam memenuhi tujuan kewujudannya.



Ringkas dan mudah diingati / difahami ( tiada penggunaan bahasa yang sukar difahami – Bombastic ). Berdasarkan mandat, dapat menterjemahkannya dalam bentuk misi,

VISI

Visi adalah satu gambaran atau pandangan tentang masa depan . Sesuatu yang bukan real , tetapi yang diimaginasikan. Thornberry ( 1997 )

Visi adalah gambaran pemikiran yang jelas tentang hasrat masa depan yang diinginkan. Cowley & Domb ( 1997 )
            Seterusnya mereka berpendapat , A vision is a statement ( or a picture ) of an ideal state of being or existence in the future that is inspiring and empowering for the stakeholders of  the organization.

            Burt Nanus ( 1994 )dalam bukunya Visionary Leadership, kriteria visi yang baik adalah seperti berikut :


i.                    berorientasikan masa depan

ii.                  memandu ke arah masa depan yang jelas

iii.                sesuai untuk organisasi, budaya dan nilai

iv.                satu set piawaian kecemerlangan dan berkualiti

v.                  jelas tujuan

vi.                membangkitkan semangat dan menguatkan komitmen / kepercayaan.

vii.              Menggambarkan keunikan organisasi

viii.            Cukup ambitious ( mempunyai cita – cita yang tinggi )



Setelah misi ditetapkan, untuk membawa sekolah ke tahap yang diharapkan

OBJEKTIF

Objektif ialah suatu yang perlu dicapai berdasarkan sasaran yang ditetapkan. Ciri-ciri pernyataan objektif yang baik adalah :-

Specific           = Khusus

Measurable      = Boleh diukur
Appropriate     = Boleh dipercayai/konsisten
Reachable       = Boleh dicapai
Timebound     = Berjangkamasa

DEFINISI PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)

 Quantifiable measurements, agreed to beforehand, that reflect the critical success factors of an organization. ” “KPI help an organization to define and measure progress toward organizational goals.KPI must be reflect the organizational goals. KPI must be quantifiable. KPI must be key to organizational success”

F.John Reh ( 2004 )


“ Suatu parameter yang boleh diukur, yang telah dipersetujui bersama, dan yang akan mencerminkan kejayaan sesuatu organisasi. ”

Muhamad Yahaya( 2005 )

Maka dalam penjanaan strategik, adalah penting memastikan bahawa setiap KPI disertakan sasaran bersama. Pembinaan sasaran prestasi sebaiknya diunjurkan berasaskan “take of value”( TOV ) semasa pada kadar tempoh minima 3 hingga 5 tahun.


Friday 21 October 2011

DOMAIN KOGNIFIF DAN AFEKTIF


1.4  DOMAIN KOGNITIF
Bertolak dari definisi KB yang telah ditegaskan oleh penulis yang menyatakan bahawa KB adalah berkait rapat dengan kebolehan seseorang insan menggunakan kedua-dua domain kognitif dan afektif dalam usaha untuk mendapatkan atau memberikan informasi, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan. Dalam lain perkataan, KB adalah kemahiran seseorang menggunakan otak (domain kognitif/aqal) dan hati (domain afektif/qalbu) sebagai landasan kepada keyakinan (belief) atau tindakan (actions). Dari definisi tersebut dapatlah difahamkan bahawa domain kognitif adalah kebolehan berfikir berlandaskan kebolehan menggunakan otak. Bloom mengkategorikan domain kognitif kepada enam aras. Aras-aras tersebut terdiri dari; pengetahuan (literal), kefahaman (comprehension), aplikasi (application), analisis (analysis), sintaksis (synthesis) dan penilaian (evaluation).
 
Aras pemikiran (levels of thought processes) yang diketengahkan oleh Bloom boleh dibahagikan kepada dua kategori penting: aras rendah (low-order or convergent) dan aras tinggi (higher-order or divergent). Pemikiran aras rendah adalah terdiri dari aras ‘pengetahuan’ dan ‘kefahaman’. Sementara pemikiran aras tinggi, menurut Bloom adalah bermula dari aras ‘aplikasi’ membawa kepada ‘penilaian’. Pemikiran aras rendah adalah dikatakan tidak bagitu baik untuk menaja pemikiran kritis dan kreatif. Menurut Bloom, pemikiran kritis dan kreatif hanya boleh diperbaiki melalui latihan berfikir yang melibatkan aras tinggi iaitu aras ‘aplikasi’ sehingga ‘penilaian’. Bloom dalam kajiannya berhubung dengan objektif pengajaran yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati bahawa guru-guru amat gemar menggunakan soalan-soalan dan aktiviti-aktiviti pengajaran beraras rendah. Jika tendensi ini tidak diubah, besar kemungkinan pelajar-pelajar akan menjadi pasif dan tidak kritikal atau kreatif. Perbincangan mendalam tentang aras pemikiran dalam domain kognitif ini akan dibuat apabila kita membincangkan tajuk ‘COGAFF Taxonomy’ nanti.
 
Menurut Beyer dalam model berfikirnya yang dikenali sebagai ‘Functional Thinking’, domain kognitif merangkumi beberapa kebolehan yang terdiri daripada, membuat keputusan (decision-making), menyelesaikan masalah (problem-solving) dan menjana konsep (conceptualizing) sebagai aras yang tertinggi. Ini diikuti oleh pemikiran kritis (critical thinking), dan pemikiran kreatif (creative thinking) pada tahap sedikit rendah dari yang pertama. Tahap seterusnya adalah terdiri dari kebolehan memproses (processing) dan pentakulan (reasoning) dan tahap yang terendah sekali adalah terdiri dari kebolehan mengingat (recalling) dan menyimpan fakta (recording).

DOMAIN AFEKTIF


Satelah anda didedahkan dengan konsep, definisi dan domain kognitif dalam KB, kita akan membincangkan pula satu lagi domain penting yang telahpun disebut di atas, iaitu domain afektif.
Krathwohl dan rakan-rakan, (1964) adalah antara penyelidik yang julungkali menggunakan terminologi ‘afektif’ (affective) dalam memperkenalkan satu lagi domain penting dalam hidup manusia. Ia digunakan sebagai satu lagi objektif pengajaran di samping aras-aras yang terdapat dalam domain kognitif yang telah diperkenalkan oleh Bloom dan rakan-rakan pada tahun 1956. Krathwohl mengkatigorikan domain afektif sebagai terdiri daripada; penerimaan (receiving), tindak-balas (responding), menilai (valuing), menyelaraskan sistem nilai (organizing a value set), dan mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai yang kompleks (characterizing by value complex).
 
Morgan dan Saxton (1991) mentakrifkan soalan-soalan domain afektif sebagai ‘questions of feelings’ (soalan berasaskan perasaan). Pendapat ini adalah serasi dengan apa yang dinyatakan oleh Bolton (1973) ‘learning needs to be felt for it to be effective…’ (pembelajaran melalui perasaan sahaja yang akan lebih efektif). Domain ini amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana pertaliannya yang cukup kuat dengan domain kognitif dalam proses KB. Kepentingan domain afektif ini akan dibincangkan dengan lebih mendalam dalam tajuk yang menyentuh ‘COGAFF Taxonomy’ nanti.
 
Dengan kelahiran istilah Kecerdasan Emosi (Emotional Intelligence atau EQ) seperti yang diketengahkan oleh Daniel Goleman dan menjadi bagitu popular dewasa ini menjadikan konsep EQ dan ‘domain afektif’ bagitu penting. Domain ‘afektif’ dan ‘emosi’ adalah dua istilah yang berbeza tapi sama dari segi makna dan penekanan. Kedua-dua istilah adalah menegaskan tentang kepentingan elemen perasaan, system nilai system kepercayaan, keyakinan dalam proses membuat keputusan, memberikan pendapat, pembentukkan personality dan pegangan hidup seseorang. Perbincangan tentang tajuk yang berhubung dengan domain afektif dan EQ ini dan kepentingannya kepada kehidupan akan dibuat dengan lebih mendalam dalam tajuk-tajuk yang menyentuh tentang ‘COGAFF Taxonomy’ dan kecerdasan emosi atau ‘Emotional Intelligence’ nanti.

KEMAHIRAN BERFIKIR DARI PERSPEKTIF SEJARAH


Zaman Socrates

Ada baiknya kita soroti sedikit kemahiran berfikir dari perspektif sejarah dan kesannya kepada kefahaman tentang konsep KB itu sendiri. Berfikir yang juga dikenali pada mulanya sebagai pemikiran kritis yang juga merangkumi pemikiran kreatif telah mula diberi perhatian istimewa oleh tamadun manusia semenjak zaman Socrates, 2500 tahun dahulu lagi. Dalam menitikberatkan pemikiran kritis dalam kehidupan manusia, Socrates telah berjaya menggunakan keberkesanan soalan untuk menilai dan mempertingkatkan kebolehan seseorang menjana dan memberikan buah fikiran. Socrates telah menyatakan bahawa buah fikiran yang bernas tidak semestinya dihasilkan oleh seseorang yang mempunyai kuasa atau authoriti sahaja. Beliau telah membuktikan bahawa seseorang yang mempunyai kuasa dan kedudukan, kadang-kadang boleh melakukan tindakan yang membingungkan dan tidak diterima akal. Beliau menyarankan betapa pentingnya soalan-soalan aras tinggi yang beliau sebut sebagai ‘deep questions’ diajukan untuk menggalakkan seseorang berfikir secara kritis sebelum satu-satu buah fikiran dapat dan layak diterima pakai.

Dia juga menyatakan betapa pentingnya seseorang berupaya melahirkan hujah yang kukuh sebelum buah fikirannya dapat diterima. Keupayaan ini merangkumi kebolehan melihat secara objektif, mentaakul dan membuat saranan, menganalisa konsep-konsep asas, dan juga menyoroti implikasi bukan sahaja terhadap apa yang dinyatakan tetapi juga apa yang telah dilakukan dengan perbuatan. Metod penyoalan Socrates yang dikenali sebagai “Socratic questioning” atau “Penyoalan Socratic” masih di anggap sebagai satu cara terbaik dalam pengajaran berfikir secara kritis dan kreatif dan masih banyak diamalakan hingga ke hari ini

Socrates telah memulakan agenda berfikir dengan menggunakan soalan sebagai alat penjanaan idea dan buah fikiran yang mantap. Soalan telah digunakan bila mempertikaikan kepercayaan dan penerangan yang lazimnya diterima oleh masyarakat tanpa usul periksa. Beliau telah dengan cermatnya mengenalpasti satu-satu kepercayaan itu dari perspektif logik dan diterima akal berbanding dari hanya melihat secara lihiriah dan nampak elok atau secocok dengan perasaan ego yang serasi dengan cita-cita tersembunyi seseorang. Sesuatu yang berupaya atau dilihat sebagai berpotensi untuk memberi keselesaan dan keseronokan – sekiranya tidak didasarkan kepada hujah, bukti atau asas keyakinan yang kukuh adalah tidak boleh diterima pakai.

Idea Socrates dalam berfikir secara kritis dan kreatif telah disoroti oleh Plato (murid Socrates yang banyak membuat catatan tentang pemikiran Socrates) dan Aristotle (seorang lagi ahli falsafah Greek). Mereka dan ahli falsafah Greek yang lain menyarankan betapa perlunya manusia berfikir sebelum menerima sesuatu kerana realiti sesuatu itu mungkin berbeza dari keadaan lahiriahnya – cuma minda yang terlatih (trained mind) sahaja yang dapat membezakannya apa yang dilihat oleh mata kasar (delusive appearances) dengan apa yang sebenarnya tersirat disebalik kulit luarannya (the deeper realities of life). Bertitik tolak dari saranan tradisi Greek ini, lahir keperluan bagi manusia untuk mencari kebenaran tersembunyi (deeper realities), berfikir secara sistematik, menyoroti implikasi secara meluas dan mendalam – kerana cuma dengan berfikir secara komprehensif, ‘well-reasoned’, dan bersifat responsif terhadap tentangan dan kejanggalan sahaja yang membolehkan manusia berfikir secara mendalam dari cuma menghayati apa yang terpapar pada sifat lahiriah sahaja. Tradisi ini adalah selari dengan apa yang disarankan oleh Islam supaya manusia meneliti kebesaran dan kehebatan Pencipta alam ini disebalik keindahan ciptaanNya yang berupa bintang-bintang, gunung ganang, matahari dan bulan yang sentiasa menakjubkan mereka yang ingin berfikir. Keyakinan yang didasarkan kepada Al-Quran, hadith dan sunnah, ijmak dan ulamak adalah mutlak dan tidak boleh dipersoalkan. Berfikir dalam Islam adalah dalam lingkungan yang dibenarkan oleh syara’ dan tidak bertentangan dengan syariat Islam itu sendiri.

Zaman moden

Dalam abad dua puluhan, ramai ahli pendidik, falsafah dan ahli fikir yang lain telah dilahirkan. Kita berterima kasih dengan tokoh-tokoh seperti Guilford, Dewey, Meyers, Beyer, Bloom dan ramai lagi yang telah mendalami dan memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan KB ini. Tokoh-tokoh seperti Benjamin Bloom bersama rakan-rakannya yang lain termasuk Krathwohl telah mendalami konsep penggunaan soalan seperti yang disarankan oleh Socrates dalam menjana KB dengan berlandaskan domain kognitif. Bloom adalah orang yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan istilah ‘aras pemikian’ atau ‘levels of thought processes’. Bloom menyatakan bahawa pemikiran aras tinggi (higher-order thought processes) hanya boleh digembelingkan dengan penggunaan soalan atau objektif pengajaran aras tinggi juga. Bloom juga menyatakan bahawa keghairahan guru menggunakan soalan dan objektif pengajaran aras rendah telah melahirkan pelajar-pelajar yang tidak kreatif atau kritis. Ini berlaku kerana guru tidak sedar tentang kepentingan penggunaan soalan dan objektif pengajaran aras tinngi bagai menjana pemikran kritis di kalangan pelajar.

Krathwohl dalam usaha lain telah menghasilkan satu taksonomi yang memberi pemberatan kepada unsur atau domain afektif dalam proses berfikir. Konsep tentang kepentingan domain afektif dalam kejayaan kehidupan seseorang telah dikhususi pula oleh penyelidik mutakir seperti Daniel Goleman yang menyarankan konsep yang dikenali sebagai ‘EQ’ atau ‘Emotional Intelligence’ (Kecerdasan Emosi) yang menurutnya memainkan peranan yang lebih penting dalam menjana satu-satu kejayaan. Menurutnya “80% kejayaan seseorang adalah bergantung kepada EQ dan bukan IQnya” (Goleman, 1998). Kenyataan ini dibuat berdasarkan kajian yang dijalankannya keatas beribu-ribu orang ahli professional berjaya dalam lapangan masing-masing. Konsep EQ yang diperkenalkan oleh Goleman mempunyai keselarian dari segi konsep dan penekananan dengan domain afektif seperti yang diutarakan oleh Krathwohl dalam taksonomi domain afektifnya.

KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR


Manusia yang dicipta oleh tuhan sebagai khalifah atau pemimpin di muka bumi ini mempunyai berbagai keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan makhluk-makhluk lain. Kelebihan dan keistimewaan ini ialah kerana manusia dikurnialan akal. Akal fikiranlah yang membezakan secara kualitatif, di antara manusia dan haiwan. Akal atau minda adalah sumber ilmu intelek (intellectual knowledge) yang menghasilkan pengetahuan melalui proses pemikiran dan pentaakulan minda (akal). Akal adalah tempat bersemadinya kearifan dan kebijaksanaan (hikmah). Akal adalah merupakan kurniaan Allah S.W.T. yang sangat berharga kepada hambaNya. Melaluinya manusia boleh membuat pentaakulan (rationalize), membentuk konsep (conceptualize), dapat memahami (comprehend) dan sebagainya. Untuk memiliki sifat ‘hikmah’ (wisdom), seseorang perlulah menjalani latihan penajaman minda dan pendidikan pembersihan akal.

Di samping dikaitkan dengan otak, hikmah juga dikaitkan dengan ‘qalbu’ atau hati manusia. Hati adalah sumber ilmu yang menghasilkan pengetahuan melalui ilham, taufiq dan hidayah (bisikan hati dan suara qalbu). Pemberian Allah S.W.T. kepada seseorang kerana bersihnya hati yang dimiliki. Hati mempunyai keupayaan pentaakulan dan daya faham seperti kemampuan akal, boleh mengesani dan menemui kebenaran. Pengetahuan yang diperolehi melalui mata hati dapat membezakan yang benar dari yang palsu, yang betul dari yang salah,

kebaikan dari keburukan. Untuk memperolehi pengetahuan bersumberkan hati, seseorang itu perlu mempunyai hati yang suci dan ini dapat dicapai melalui latihan penyucian hati (purification of the heart). Sekiranya manusia dapat menggunakan akal dan hatinyanya dalam mengeluarkan buah fikiran, maka ia dikira sebagai telah menggunakan akalnya dengan bijak. Kemahiran mengggunakan buah fikiran yang baik dan berguna inilah yang bakal mengangkat darjat “keinsanan manusia berbanding haiwan”. Sejarah membuktikan bahawa manusia bertindak tanpa menggunakan akal dan buah fikirannya boleh terjerumus de dalam darjat kehaiwanan, bahkan lebih dahsyat daripada itu.

       Keputusan-keputusan dan tindakan-tindakan yang dibuat oleh manusia ada kaitan dengan kemahiran berfikir. Sekiranya keputusan dan tindakan itu membawa natijah positif kepada dirinya dan orang lain, ia dikatakan keputusan yang berhikmah dan bijaksana. Sebaliknya, jika keputusan tidak bermanfaat kepada diri, orang lain dan alam sekelilingnya, keputusan itu dikatakan tidak bijak atau tidak berhikmah.

       Betapa perlu dan pentingnya aktiviti berfikir untuk diri manusia adalah jelas sebagaimana digambarkan di dalam maksud sebuah hadis Nabi

Berfikir sesaat itu lebih baik daripada sembahyang sunat selama tujuh puluh tahun”. Manakala di dalam kitab suci Al-Quran perkataan yang merujuk kepada kata akar aqal disebut sebanyak 40 kali. Allah SubhanahuWataala (S.W.T) juga menempelak manusia yang tidak mahu berfikir. Apabila Allah S.W.T memberitahu manusia, “Lihatlah bulan, lihatlah langit, lihatlah bintang dan fikirkan”. Menyedari kebesaran Allah Taala melalui ciptaanya seperti bumi, bulan, bintang dan matahari adalah tanda seseorang itu sebenarnya menggunakan akalnya untuk berfikir. Justeru itu, berfikir adalah sesuatu yang menjadi tuntutan dan seharusnya dilakukan oleh manusia dalam setiap aktiviti dan tindak tanduk yang dilakukan. Namun bagitu, tidak ramai antara kita yang memahami pengertian serta selok-belok berfikir yang sewajarnya

Thursday 20 October 2011

TEKNIK MENJAWAB BI UPSR

http://www.scribd.com/doc/69606117

BERFIKIR SECARA KRITIS


-       Kemahiran Berfikir Secara Kritis merupakan kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan  atau kewajaran sesuatu idea berdasarkan alasan dan bukti yang munasabah  dan mendorong ke arah pertimbangan yang baik.

-       Melibatkan penjelasan idea bagi mempertingkatkan pemahaman dan keupayaan untuk menggunakan maklumat dengan berkesan.

-       Melibatkan proses menganalisis dan menilai idea, data atau maklumat untuk kefahaman yang jelas, kukuh dan bermakna. 



Contoh Berfikir Secara Kritis:

 a)   membanding dan membeza
 b)   membuat kategori / klasifikasi
 c)   menerangkan sebab
 d)   menentukan sumber yang dipercayai
 e)   membuat ramalan
  f)   meneliti bahagian kecil dan keseluruhan
 g)   mengusul periksa andaian
 h)   membuat inferens
  i)   menilai sesuatu
  j)   membuat generalisasi



















Berfikir Secara Kreatif:



Kemahiran Berfikir Secara Kreatif ialah kecekapan atau keupayaan menggunakan minda  untuk  menjana  dan  menghasilkan idea yang tidak terhad,  pelbagai,  baru,  asli, luar biasa,  provokatif,  mencabar,  mudah ubah,  dan dapat dikembangkan kepada idea yang lebih luas dan terbuka.



Pemikiran Kreatif:

Pemikiran kreatif berfungsi memperluas dan memperkembang daya imaginasi inovasi dan kreativiti untuk mendapatkan  idea  yang  banyak,   pelbagai dan baru.



Contoh Berfikir Secara Kreatif:



a)   menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai
      (baru, asli, luar biasa, provokatif, mencabar )
b)   mencipta analogi
c)   mencipta metafora
d)   membuat definisi
e)   membuat hipotesis
 f)   membuat peta konsep



Cara Mengembangkan Dan Meluaskan Idea (Alex Osborn:1963)



          Ubahkan (modify)

          Kecilkan (minify)

          Besarkan (magnify)

          Gantikan (substitute)

          Atur Semula (rearrange)

         Terbalikkan (reverse)

          Gabungkan (combine)





Kemahiran  Membuat  Keputusan  dan  Kemahiran Menyelesaikan Masalah.



          Kedua-dua kemahiran ini sebenarnya terkandung dalam kedua-dua domain  KBKK (pemikiran kritis dan kreatif) .



Hemisfera Otak:



Fungsi Hoki:

         Logik

         Analitis

         Urutan

         Bahasa

         Matematik

         Linear

Fungsi Hoka

         Kreatif

         Sintesis

         Global

         Bentuk,corak pola, ruang

         Lukisan, rentak, muzik

         Imej, visual, gamba



Pengurusan Grafik



         Membanding Dan Membeza

         Mengkategori / Klasifikasi

         Menerangkan Sebab

         Meneliti Bahagian Kecil Dan Keseluruhan

         Membuat Ramalan

         Membuat Inferens

         Menjana Idea

         Membuat Sekuens

         Mencipta Analogi

         Mencipta Metafora

         Membuat Keputusan

         Mengesahkan Sumber Maklumat

         Menyelesaikan Masalah



Alat Berfikir CoRT 1:



Cognitive Research Trust – CoRT 1

– Menggalakkan individu berfikir secara meluas



         PMI – Plus, Minus, Intersting

         CAF – Consider All Factors

         C & S – Consequence & sequel

         OPV – Other people’s view

         FIP – First Important Priorities

         AGO – Aim, Goals & Objectives

         APC – Alternatives, Possibilities & Choices



Mengaplikasi KBKK dalam P & P:



         What?

         Who?

         When?

         Where?

         How?
http://www.scribd.com/doc/48480279/4025887-Kemahiran-Berfikir