Manusia yang dicipta oleh
tuhan sebagai khalifah atau pemimpin di muka bumi ini mempunyai berbagai
keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan makhluk-makhluk lain. Kelebihan
dan keistimewaan ini ialah kerana manusia dikurnialan akal. Akal fikiranlah
yang membezakan secara kualitatif, di antara manusia dan haiwan. Akal atau
minda adalah sumber ilmu intelek (intellectual knowledge) yang menghasilkan
pengetahuan melalui proses pemikiran dan pentaakulan minda (akal). Akal adalah
tempat bersemadinya kearifan dan kebijaksanaan (hikmah). Akal adalah merupakan
kurniaan Allah S.W.T. yang sangat berharga kepada hambaNya. Melaluinya manusia
boleh membuat pentaakulan (rationalize), membentuk konsep (conceptualize), dapat
memahami (comprehend) dan sebagainya. Untuk memiliki sifat ‘hikmah’ (wisdom),
seseorang perlulah menjalani latihan penajaman minda dan pendidikan pembersihan
akal.
Di samping dikaitkan dengan
otak, hikmah juga dikaitkan dengan ‘qalbu’ atau hati manusia. Hati adalah
sumber ilmu yang menghasilkan pengetahuan melalui ilham, taufiq dan hidayah
(bisikan hati dan suara qalbu). Pemberian Allah S.W.T. kepada seseorang kerana
bersihnya hati yang dimiliki. Hati mempunyai keupayaan pentaakulan dan daya
faham seperti kemampuan akal, boleh mengesani dan menemui kebenaran.
Pengetahuan yang diperolehi melalui mata hati dapat membezakan yang benar dari
yang palsu, yang betul dari yang salah,
kebaikan dari keburukan. Untuk memperolehi pengetahuan
bersumberkan hati, seseorang itu perlu mempunyai hati yang suci dan ini dapat
dicapai melalui latihan penyucian hati (purification of the heart). Sekiranya
manusia dapat menggunakan akal dan hatinyanya dalam mengeluarkan buah fikiran,
maka ia dikira sebagai telah menggunakan akalnya dengan bijak. Kemahiran
mengggunakan buah fikiran yang baik dan berguna inilah yang bakal mengangkat
darjat “keinsanan manusia berbanding haiwan”. Sejarah membuktikan bahawa
manusia bertindak tanpa menggunakan akal dan buah fikirannya boleh terjerumus
de dalam darjat kehaiwanan, bahkan lebih dahsyat daripada itu.
Keputusan-keputusan
dan tindakan-tindakan yang dibuat oleh manusia ada kaitan dengan kemahiran
berfikir. Sekiranya keputusan dan tindakan itu membawa natijah positif kepada
dirinya dan orang lain, ia dikatakan keputusan yang berhikmah dan bijaksana.
Sebaliknya, jika keputusan tidak bermanfaat kepada diri, orang lain dan alam
sekelilingnya, keputusan itu dikatakan tidak bijak atau tidak berhikmah.
Betapa perlu
dan pentingnya aktiviti berfikir untuk diri manusia adalah jelas sebagaimana
digambarkan di dalam maksud sebuah hadis Nabi
“Berfikir sesaat itu lebih baik daripada sembahyang
sunat selama tujuh puluh tahun”. Manakala di dalam kitab suci Al-Quran
perkataan yang merujuk kepada kata akar aqal disebut sebanyak 40 kali.
Allah SubhanahuWataala (S.W.T) juga menempelak manusia yang tidak mahu
berfikir. Apabila Allah S.W.T memberitahu manusia, “Lihatlah bulan, lihatlah
langit, lihatlah bintang dan fikirkan”. Menyedari kebesaran Allah Taala melalui
ciptaanya seperti bumi, bulan, bintang dan matahari adalah tanda seseorang itu
sebenarnya menggunakan akalnya untuk berfikir. Justeru itu, berfikir adalah
sesuatu yang menjadi tuntutan dan seharusnya dilakukan oleh manusia dalam
setiap aktiviti dan tindak tanduk yang dilakukan. Namun bagitu, tidak ramai
antara kita yang memahami pengertian serta selok-belok berfikir yang sewajarnya
No comments:
Post a Comment