Zaman Socrates
Ada baiknya kita soroti sedikit kemahiran berfikir dari perspektif sejarah
dan kesannya kepada kefahaman tentang konsep KB itu sendiri. Berfikir yang juga
dikenali pada mulanya sebagai pemikiran kritis yang juga merangkumi pemikiran
kreatif telah mula diberi perhatian istimewa oleh tamadun manusia semenjak
zaman Socrates, 2500 tahun dahulu lagi. Dalam menitikberatkan pemikiran kritis
dalam kehidupan manusia, Socrates telah berjaya menggunakan keberkesanan soalan
untuk menilai dan mempertingkatkan kebolehan seseorang menjana dan memberikan
buah fikiran. Socrates telah menyatakan bahawa buah fikiran yang bernas tidak
semestinya dihasilkan oleh seseorang yang mempunyai kuasa atau authoriti
sahaja. Beliau telah membuktikan bahawa seseorang yang mempunyai kuasa dan
kedudukan, kadang-kadang boleh melakukan tindakan yang membingungkan dan tidak
diterima akal. Beliau menyarankan betapa pentingnya soalan-soalan aras tinggi
yang beliau sebut sebagai ‘deep questions’ diajukan untuk menggalakkan
seseorang berfikir secara kritis sebelum satu-satu buah fikiran dapat dan layak
diterima pakai.
Dia juga menyatakan betapa pentingnya seseorang berupaya melahirkan hujah
yang kukuh sebelum buah fikirannya dapat diterima. Keupayaan ini merangkumi
kebolehan melihat secara objektif, mentaakul dan membuat saranan, menganalisa
konsep-konsep asas, dan juga menyoroti implikasi bukan sahaja terhadap apa yang
dinyatakan tetapi juga apa yang telah dilakukan dengan perbuatan. Metod
penyoalan Socrates yang dikenali sebagai “Socratic questioning” atau “Penyoalan
Socratic” masih di anggap sebagai satu cara terbaik dalam pengajaran berfikir
secara kritis dan kreatif dan masih banyak diamalakan hingga ke hari ini
Socrates telah memulakan
agenda berfikir dengan menggunakan soalan sebagai alat penjanaan idea dan buah
fikiran yang mantap. Soalan telah digunakan bila mempertikaikan kepercayaan dan
penerangan yang lazimnya diterima oleh masyarakat tanpa usul periksa. Beliau
telah dengan cermatnya mengenalpasti satu-satu kepercayaan itu dari perspektif
logik dan diterima akal berbanding dari hanya melihat secara lihiriah dan
nampak elok atau secocok dengan perasaan ego yang serasi dengan cita-cita
tersembunyi seseorang. Sesuatu yang berupaya atau dilihat sebagai berpotensi
untuk memberi keselesaan dan keseronokan – sekiranya tidak didasarkan kepada
hujah, bukti atau asas keyakinan yang kukuh adalah tidak boleh diterima pakai.
Idea Socrates dalam
berfikir secara kritis dan kreatif telah disoroti oleh Plato (murid Socrates
yang banyak membuat catatan tentang pemikiran Socrates) dan Aristotle (seorang
lagi ahli falsafah Greek). Mereka dan ahli falsafah Greek yang lain menyarankan
betapa perlunya manusia berfikir sebelum menerima sesuatu kerana realiti
sesuatu itu mungkin berbeza dari keadaan lahiriahnya – cuma minda yang terlatih
(trained mind) sahaja yang dapat membezakannya apa yang dilihat oleh mata kasar
(delusive appearances) dengan apa yang sebenarnya tersirat disebalik kulit
luarannya (the deeper realities of life). Bertitik tolak dari saranan tradisi
Greek ini, lahir keperluan bagi manusia untuk mencari kebenaran tersembunyi
(deeper realities), berfikir secara sistematik, menyoroti implikasi secara
meluas dan mendalam – kerana cuma dengan berfikir secara komprehensif,
‘well-reasoned’, dan bersifat responsif terhadap tentangan dan kejanggalan
sahaja yang membolehkan manusia berfikir secara mendalam dari cuma menghayati
apa yang terpapar pada sifat lahiriah sahaja. Tradisi ini adalah selari dengan
apa yang disarankan oleh Islam supaya manusia meneliti kebesaran dan kehebatan
Pencipta alam ini disebalik keindahan ciptaanNya yang berupa bintang-bintang,
gunung ganang, matahari dan bulan yang sentiasa menakjubkan mereka yang ingin
berfikir. Keyakinan yang didasarkan kepada Al-Quran, hadith dan sunnah, ijmak
dan ulamak adalah mutlak dan tidak boleh dipersoalkan. Berfikir dalam Islam
adalah dalam lingkungan yang dibenarkan oleh syara’ dan tidak bertentangan
dengan syariat Islam itu sendiri.
Zaman moden
Dalam abad dua puluhan,
ramai ahli pendidik, falsafah dan ahli fikir yang lain telah dilahirkan. Kita
berterima kasih dengan tokoh-tokoh seperti Guilford, Dewey, Meyers, Beyer,
Bloom dan ramai lagi yang telah mendalami dan memberi sumbangan yang besar
terhadap perkembangan KB ini. Tokoh-tokoh seperti Benjamin Bloom bersama
rakan-rakannya yang lain termasuk Krathwohl telah mendalami konsep penggunaan
soalan seperti yang disarankan oleh Socrates dalam menjana KB dengan
berlandaskan domain kognitif. Bloom adalah orang yang bertanggungjawab
dalam memperkenalkan istilah ‘aras pemikian’ atau ‘levels of thought
processes’. Bloom menyatakan bahawa pemikiran aras tinggi (higher-order thought
processes) hanya boleh digembelingkan dengan penggunaan soalan atau objektif
pengajaran aras tinggi juga. Bloom juga menyatakan bahawa keghairahan guru
menggunakan soalan dan objektif pengajaran aras rendah telah melahirkan
pelajar-pelajar yang tidak kreatif atau kritis. Ini berlaku kerana guru tidak
sedar tentang kepentingan penggunaan soalan dan objektif pengajaran aras tinngi
bagai menjana pemikran kritis di kalangan pelajar.
Krathwohl dalam usaha lain
telah menghasilkan satu taksonomi yang memberi pemberatan kepada unsur atau
domain afektif dalam proses berfikir. Konsep tentang kepentingan domain
afektif dalam kejayaan kehidupan seseorang telah dikhususi pula oleh penyelidik
mutakir seperti Daniel Goleman yang menyarankan konsep yang dikenali sebagai
‘EQ’ atau ‘Emotional Intelligence’ (Kecerdasan Emosi) yang menurutnya memainkan
peranan yang lebih penting dalam menjana satu-satu kejayaan. Menurutnya “80%
kejayaan seseorang adalah bergantung kepada EQ dan bukan IQnya” (Goleman,
1998). Kenyataan ini dibuat berdasarkan kajian yang dijalankannya keatas
beribu-ribu orang ahli professional berjaya dalam lapangan masing-masing.
Konsep EQ yang diperkenalkan oleh Goleman mempunyai keselarian dari segi konsep
dan penekananan dengan domain afektif seperti yang diutarakan oleh Krathwohl
dalam taksonomi domain afektifnya.
No comments:
Post a Comment