1.Pendekatan Intimidation
Mengawal tingkah laku melalui kaedah yang menimbulkan
perasaan takut dalam diri pelajar seperti ancaman, sindiran, kata-kata yang
mempersendakan dan memperkecilkan diri pelajar serta paksaan.
2.Pendekatan Autoritarian
Guru menetapkan peraturan-peraturan dan penguatkuasaan
dilakukan tanpa sifat tolak ansur.Tingkah laku pelajar dikawal dengan memberi
arahan dan penyeliaan dijalankan secara berterusan.
3.Pendekatan Cookbook Management
Guru menyenaraikan perkara-perkara yang boleh dilakukan dan
perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh
dilakukan oleh pelajar. Senarai ini disediakan berasaskan aspek-aspek yang
diperoleh daripada pelbagai sumber.
4.Pendekatan Sosioemosi
Suasana bilik darjah yang positif diwujudkan melalui
pembentukan hubungan antara perorangan (interpersonal) yang baik. Guru bersikap
empati dalam memahami tingkahlaku pelajar serta mewujudkan komunikasi yang
berkesan.
5.Pendekatan Permisif (Kebebasan)
Kebebasan sepenuhnya diberikan kepada pelajar dengan tujuan
untuk memperkembangkan potensi masing-masing. Guru memainkan peranan sebagai
konsultan dan menggalakkan pelajar untuk bertanggungjawab atas pembelajaran
masing-masing.
6.Pendekatan Pengubahan Tingkahlaku
Kata pujian dan ganjaran untuk menggalakkan tingkah laku
yang diingini serta mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan juga
digunakan sebagai pengukuhan negatif terhadap tingkah laku yang tidak diingini.
Guru memainkan peranan untuk memodelkan tingkah laku yang diingini.
7.Pendekatan Pengajaran
Proses pengajaran yang berasaskan keperluan dan minat
pelajar dapat memotivasikan mereka untuk memberi tumpuan kepada pelajaran
lantas mengurangkan masalah salah laku. Guru bertanggungjawab untuk mewujudkan
suasana pembelajaran yang positif melalui pemilihan isi kandungan serta
penggunaan strategi pengajaran yang sesuai.
8.Pendekatan Proses Kumpulan
Kumpulan pelajar di dalam bilik darjah dianggap sebagai satu
sistem sosial. Guru memainkan peranan untuk mewujudkan dan mengekalkan satu
sistem sosial yang efektif dan produktif. Pelajar-pelajar kurang melakukan
salah laku kerana guru sentiasa peka dengan suasana dan aktiviti di dalam bilik
darjah.
No comments:
Post a Comment