Thursday 20 October 2011

KEMAHIRAN BERFIKIR

Definisi & Tujuan Kemahiran Berfikir

1.         “George (1970) melihat pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan pelakuan semula jadi yang kompleks.”

2.         “Edward de Bono (1976) pula mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu dengan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah.”

3.         “Meyer (1977) pula melihat pemikiran sebagai  melibatkan pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah.”

4.         “Chaffee (1988) pula, pemikiran merupakan proses luar biasa yang digunakan dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.”

5.         “Vincent Ryan Ruggiero (1991) pula menyatakan berfikir ialah apa sahaja aktiviti mental yang membantu untuk memformulasi atau menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan menyempurnakan sesuatu kemahuan untuk memahami sesuatu (mencari jawapan dan mendapatkan makna)”

6.         “Fraenkel (1980) pula berpendapat bahawa pemikiran merupakan proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna, dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan, atau menyelesaikan masalah.”

7.         “John Barell(1991) “…. I define thinking as a search for meaning and understanding that can involve the adventurous generation of options, the attempt to arrive at logical, reasonable judgements and reflection on the proses.”

(merupakan kecekapan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu,  menjelajahi pelbagai kemungkinan idea, membuat keputusan, menyelesaikan masalah, membuat pertimbangan secara logik serta membuat refleksi atau tinjauan semula terhadap proses pemikiran yang dilalui).

Rumusan Definisi & Tujuan

“Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami”

Budaya Berfikir dapat dipupuk jika

         KBKK diajar secara eksplisit; diaplikasikan oleh murid

         KBKK disepadukan dan disebatikan dalam aktiviti P & P

         KBKK diajar bersama isi pelajaran

         KKKK digunakan untuk memikirkan tentang apa yang dipelajar

Kemahiran Berfikir:

Pemikiran merupakan proses yang menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah. Proses ini melibatkan aktiviti-aktiviti menyusun idea-idea, membuat kesimpulan untuk mendapatkan ilmu atau kemahiran baru yang boleh digunakan untuk penyelesaian masalah yang kian mencabar. Proses penyusunan maklumat, konsep atau idea melibatkan penggunaan pandangan, gambaran, simbol, perkataan, akal dan rangsangan atau dorongan yang tersembunyi.

Terdapat tiga peringkat pemikiran:

i.   concrete thinking (Pemikiran konkrit)
ii.  abstract thinking (Pemikiran abstrak)
iii. creative thinking (Pemikiran kreatif)

Teknik-teknik yang dapat menggalakkan perkembangan kemahiran berfikir secara analitis, kritis dan rasional didapati drp Cort Thinking Programme oleh Dr. Edward de Bono. Kemahiran berfikir seseorang pelajar boleh dipertingkatkan melalui teknik-teknik perbincangan kumpulan dan penyelesaian masalah.

Pada masa kini, peranan guru telah bertukar  bukan lagi menumpukan tugas mengajar ilmu pengetahuan sahaja tetapi berusaha mengembangkan potensi murid secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani agar menjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia, berani dan sanggup menghadapi cabaran hidup serta menjadi insan yang berguna untuk pembangunan Negara.

Untuk menghadapi cabaran-cabaran dan melaksanakan tugas-tugas secara profesional serta dengan penuh keyakinan, adalah perlu bagi guru berinovatif dengan menghayati ciri kemahiran berfikir dan berusaha menguasainya dengan baik terutamanya dalam membuat sebarang keputusan.

Tujuan Penyebatian Strategi KBKK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran:

untuk membolehkan pelajar:

a)      mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak,

b)       mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman,  dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah

c)       menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif, 

d)     mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur, dan sempit,

e)      meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka,

f)       bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat,

g)      membina keyakinan diri untuk berhujah, membuat pertimbangan berdasarkan dan bukti, serta alasan berani memberi pandangan dan kritik.

Meningkatkan Kualiti Berfikir:

Beri peluang latihan dan aktiviti:
1. Perbincangan dan menjana idea
2. Membuat keputusan secara teliti, bijak dan bertanggungjawab
3.
Penyusunan grafik idea berpusat; peta minda

4. Penyusunan grafik idea

         KKKK digunakan untuk memikirkan tentang apa yang dipelajari

No comments:

Post a Comment